Tuesday, 14 February 2012
Aktiviti Kelab Bahasa Jepun
Friday, 10 February 2012
Pengumuman
PENGUMUMAN 1
Kepada semua pelajar Semester 1, 2 dan 4 KKTM Beranang Sesi Jan-Jun 2012. Tarikh Ujian 1 bagi subjek Bahasa Jepun 1, 2 dan 4 ditunda dari minggu 8 (20-24 Februari 2012) kepada minggu 10 (5-9 Mac 2012).
PENGUMUMAN 2
Kepada semua pelajar KKTM Beranang, mulai Isnin 13 Februari 2012, kelas bahasa Jepun akan diadakan selama 3 jam seminggu berbanding 2 jam seminggu. Sila rujuk jadual waktu baru yang telah ditampal di notice board berdekatan Theatrette 4.
PENGUMUMAN 3
Kelab Bahasa Jepun akan membuat perjumpaan pada pukul 5ptg Selasa 14 Februari 2012 di Thr 4. Sila berkumpul tepat pada masa. Kita akan menyusun atur meja dan kerusi utk Japanese Speech Contest 2012.
PENGUMUMAN 4
Kepada para pelajar Semester 4 yang terlibat dengan Japanese Speech Contest 2012, sila bersedia utk rehearsal 1 di Thr 4 pada pukul 8:15pg Rabu 15 Februari 2012. Ammar, Hajar, Hazrul dan Hazim. Ganbattekudasai.
PENGUMUMAN 5
Kepada pelajar semester 4 (Ammar, Hajar, Hazrul dan Hazim) dan pelajar semester 2 (Adib), sila hadir ke rehearsal 2 di Thr 4 pada ukul 2:30ptg Ahad 19 Februari 2012. Kita akan buat latihan speech bersama-sama pelajar JAD dan MARA-OISCA.

Monday, 6 February 2012
Masa (Jikan)
Untuk menyatakan masa dalam Bahasa Jepun, anda perlu manambahkan “ji” selepas sesuatu nombor. Contohnya : Dari pukul 1:00 sehingga 12:00.
ichi ji, ni ji, san ji, yo ji, go ji, roku ji, shichi ji, hacji ji, ku ji, jyuu ji, jyuuichi ji, jyuuni ji.
Untuk minit pula, perlu ditambahkan “fun” atau “pun” selepas sesuatu nombor. Contohnya :
ippun, nifun, sanpun (disebut sampun), yonfun atau yonpun (disebut yompun), gofun, roppun, nanafun, happun, kyuufun, jippun atau juppun.
Untuk setengah jam atau 30 minit, “han” boleh digunakan. Contohnya : pukul 4 setengah disebut sebagai “yoji han”. Dalam system 12 jam, jika pada waktu pagi disebut “gozen” dan waktu petang disebut “gogo”.
Nota sampingan ada di sini.
Latihan ada di sini.
Kuiz ada di sini.
Nombor (Bangou)
Di dalam pembelajaran kali ini, kita akan sama-sama belajar berkenaan dengan nombor. Bagaimana hendak mengira dari 1 hingga 10? Dan seterusnya, kita akan belajar penjodoh bilangan.
Terdapat dua jenis system nombor di dalam Bahasa Jepun. Yang pertama ialah sistem ichi, ni, san. Dan yang kedua ialah system hitotsu, futatsu, mittsu.
Sistem-ichi digunakan dalam pengiraan nombor. Walaubagaimanapun, sistem-hitotsu digunakan secara individu tanpa pengiraan nombor. Sistem-hitotsu digunakan hanya dari 1 hingga 10 dan tidak boleh digunakan untuk penjodoh bilangan untuk manusia, masa dan duit.
Nota sampingan ada di sini.
Latihan ada di sini.
Kuiz ada di sini.
Aisatsu
Aisatsu adalah kata-kata sapaan atau ucap selamat. Antara contoh-contoh aisatsu adalah:
おはようございます– Ohayou gozaimasu – Selamat pagi
Selalunya diucapkan ketika pertama kali bertemu seseorang pada waktu pagi. Diucapkan seawal pagi sehingga pukul 11 pagi. Untuk teman akrab atau orang yang kedudukannya di bawah kita, kita boleh mengucapkan おはよう(Ohayou).
こんにちわ– Konnichiwa – Selamat tengahari
Konnichiwa diucapkan bermula waktu tengah hari, sampai matahari tenggelam.
こんばんわ– Konbanwa – Selamat malam
Ucapan selamat yang diucapkan pada waktu malam hari.
おやすみなさい – Oyasuminasai – Selamat tidur
Diucapkan ketika kita berpisah dengan seseorang untuk tidur, atau berpisah ketika sudah larut malam.
はじめまして – Hajimemashite – Salam perkenalan
Diucapkan ketika memperkenalkan diri kita ketika bertemu pertama kali dengan seseorang.
どうぞよろしくお願いします –
Douzo yoroshiku onegai shimasu – Terimalah perkenalan dari saya
Ucapan ini dipakai ketika kita mengakhiri ayat dalam salam perkenalan. Boleh disingkatkan menjadi どうぞよろしく saja. Jawapan untuk ucapan ini adalahこちらこそ よろしくおねがいします yang bermaksud“Senang juga berkenalan dengan anda, mulai sekarang, saya juga akan memerlukan bantuan dari anda”.
さようなら – Sayounara – Selamat Tinggal
Merupakan ucapan ketika akan berpisah untuk suatu jangka waktu yang lama, ataupun mungkin tidak akan bertemu lagi.
すみません – Sumimasen – Maaf
Digunakan untuk meminta maaf atas kesalahan kita, atau berterima kasih ketika orang lain melakuka hal yang seharusnya tidak perlu dia lakukan untuk kita. Secara tidak formal ungkapan ごめんなさい Gomennasai, atau ごめん Gomen boleh digunakan.
ありがとうございます– Arigatou Gozaimasu – Terima kasih
Di ucapkan ketika orang lain telah membantu / memberikan sesuatu kepada kita. Boleh dibalas dengan ucapan どういたしまして (Douitashimashite) yang bermaksud sama-sama.
Nota Atsatsu bole didapati di sini.
Kuiz Atsatsu bole didapati di sini.
Latihan Atsatsu bole didapati di sini.
Monday, 23 January 2012
Katakana (カタカナ)
Katakana adalah salah satu jenis tulisan bahasa Jepun yang digunakan untuk mewakili perkataan dalam bahasa asing. Terdapat 48 huruf katakana.
Nota Katakana boleh didapati di sini.
Latihan Katakana boleh didapati di sini.
Kuis Katakana boleh didapati di sini.
Nota Katakana boleh didapati di sini.
Latihan Katakana boleh didapati di sini.
Kuis Katakana boleh didapati di sini.
Hiragana (ひらがな)
Hiragana adalah salah satu jenis tulisan bahasa Jepun yang telah diubahsuai dari beberapa tulisan cina (kanji). Hiragana adalah symbol phonetic asli dan mewakili sebutan suku kata. Tiada istilah dihasilkan jika hiragana ditulis secara tunggal. Terdapat 48 huruf hiragana.
Inginkan nota HIRAGANA?
Tekan di sini.
Inginkan latihan HIRAGANA?
Tekan di sini.
Inginkan kuis HIRAGANA?
Tekan di sini.
Sila tonton video dibawah untuk memudahkan pembelajaran HIRAGANA.
Subscribe to:
Posts (Atom)